Saturday, 19 January 2013

Deep in my heart~

Aku sedar bahawa hidupku tidaklah sesempurna seperti yang diharapkan.
Hidupku punya lubang- lubang yang tak terisi dengan perkara yang sepatutnya.
Aku sedar bahawa Aku tidak menyempurnakan sepenuhnya suruhan Yang Maha Esa
Aku alpa dengan hidupku.
Iya,
barangkali Aku sekarang ini dapat merasakan maksud Versus yang dinyatakan Hlovate.
Iya,
Aku mengaku dengan membaca hasil- hasil nukilan Hlovate sedikit sebanyak menyentuh dasar hatiku.
Aku mula terasa hina, terasa betapa peritnya untuk berubah.
Kesilapanku mungkin tidak ketara di mata orang,
Tapi, hanya Aku yang mengenali diriku selain Dia.
Aku mungkin tidak memakai pakaian yang ketat dan jarang,
namun, pakaianku masih lagi tidak boleh dikategorikan sebagai 'baik' ataupun 'sempurna'!.
Rutin harianku bukanlah seperti orang tak punya agama,
namun masih juga tidak cukup sempurna di mata Islam yang suci.
Mataku juga masih Aku hidangkan dengan rancangan- rancangan mahupun filem- filem yang bukan sahaja  tak begitu memberi manfaat malah membawaku hanyut ke dunia sendiri!
Telingaku tidaklah Aku jamu dengan ayat- ayat suci Al- Quran mahupun Hadis setiap masa.
Ayat- ayat itu sentiasa berselang-seli dengan lagu- lagu yang melalaikan.
Mulutku juga tidaklah sentiasa kubasahi dengan zikir..
Aku sedar bahawa hatiku sentiasa mahu berubah,
namun, niat tanpa usaha tidak membuahkan hasil.
Aku harus terus berperang,
berperang dengan hati dan anggota,
berperang dengan mental dan fizikal,
berperang debgan perasaan dan perbuatan,.
Bukan mudah...
Ingin jadi baik sepenuhnya bukan mudah.
Namun, Aku punya Dia,
Tuhan Yang Maha Berkuasa.
InsyaAllah,,akan Aku teruskan hidupku di jalan yang benar..


No comments:

Post a Comment