Salah aku ke? Ah, tak kut. Tapi, kalau lihat kepada reaksi
orang lain, macam aku ni bersalah. Mungkin aku patut ceritakan dari A sampai Z.
Let’s the story begin!
………………………
“Kay, kenapa Jua ikut awak buat kerja tu? Ingat ke dia nak
masuk dewan macam saya.” Soal aku dengan perasaan bercampur baur.
“Hm? Oh,memang dia
cakap nak masuk dewan.”
“Ha’ah. Tapi dia ambil
beg je. Lepas tu dia pergi kat Kay semula.” Fasya menjampuk.
Oh! Tetiba rasa geram.
“ Ingatkan dia nak jadi
peserta.” Aku menggumal perlahan.
“Sepatutnya saya yang
buat kerja tu, Kay. Kalau saya tahu dia ikut awak, baik saya je yang pergi.”
Aku bersuara kembali.
“Oh! Hmm”
………………………
Tu je? Tu je yang Kay balas? Aku dah memang
rasa geram ni bertambah-tambah. Tak boleh ke consider sikit situasi sekarang?
Aku sedih sebab sepatutnya aku yang buat kerja tu. Iyalah, aku ni setiausaha 2.
Tapi cara Kay balas tu macam dia nak kata yang Jua dah buat kerja tu, dah
tolong dia pun, so tak payah nak kata yang aku ni nak buat kerja tu sebenarnya.
Aku tahu sangat. Aku ni mudah baca air muka
dan reaksi. Balasan macam tu pun boleh jadi yang awak tak kisah pun saya buat
ke tak, janji awak buat. Awak tahu tak yang saya tahu apa yang orang lain cakap
pasal saya ni menjalankan tugas atau tak.
Salah saya ke kalau asyik awak yang dipilih
kak Hawa untuk tolong dia buat kerja. Saya tahu saya ni tak la sepandai awak
dalam pelajaran. Saya juga tahu yang saya ni tak seperamah awak dalam pergaulan.
Saya tahu kalau kak Iefa ada sewaktu awak buat kerja tu tadi, I’ll be judged
again. I know that..
Saya yang lambat buat kerja atau saya ni
buat kerja tak cekap? Memang selama ni saya Nampak kak Hawa macam pilih kasih.
Of course, She’ll picks Nana first. And you’ll be next. Aku thau semua tu.
Fasya sentiasa dipandang sebagai orang yang banyak sumbang idea. Hal ini
disebabkan oleh sikap peramah dia yang memang sukar untuk aku miliki.
Aku nak perbaiki kekurangan aku. Boleh tak
korang tolong aku? Boleh ke korang tegur aku? Boleh tak korang berterus terang
sahaja? Boleh tak korang jangan judge aku sangat? Fahami aku. I maybe sometimes
judge that person, but I know where to stop, where to set aside that judgements
that I already done. Just please. Please be honest. And please fahami keadaan
sebelum beri teguran.